Monday, 9 May 2011

Ucapan As Syahid Syeikh Ahmad Yasin..

"Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab,sudah sampai ke tahap mana keadaan   ini ? Sesungguhnya aku ,seorg tua yg lemah,tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dgn tanganku yg sudah lumpuh.Aku bukan seorg penceramah yg lantang yg mampu menggegarkan semua tempat dgn suaraku yg perlahan ini.Aku tidak mampu utk ke mana-mana tmpt utk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku.Aku yg sudah beruban putih dan berada di penghujung usia.Aku yg diserang plbagai pyakit dan ditimpa bermcm-mcm penderitaan.Adakah segala mcm penyakit dan kecacatan yg tertimpa ka atsku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mrk begitu lemah.Adakah kalian semua begitu wahai Arab,kalian diam membisu dan lemah,ataukah kalian semua telah mati binasa.Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yg berlaku terhdap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakn kemarahan kerana ALLAH...tiada satu kaum pun di kalangan kalian yg bangkit menentang musuh-musuh ALLAH yg telah mengisytiharkn perang antarabangsa ke ats kami dan menukarkn kami dripada golongan mulia yg dianiaya dan dizalimi kpd pembunuh dan penjenayah serta pengganas...tidak adakah yg mahu bangkit menentang musuh-musuh yg telah mnjanji setia utk menghancurkan dan menghukum kami.tidak malukah umat ini terhadap dirinya yg dihina sedangkan padanya ada kemuliaan.tidak malukah negara-negara umat ini membiarkan penjenayah zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dgn pandangan yg mampu mengesat air mata kami dan meringankan bebanan kami.Adakah pertubuhan-pertubuhan umat ini,pasukan tenteranya,parti-partinya,badab-badannya dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana ALLAH dengan kemarahan yg sebenar lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan, “Ya ALLAH…perkuatknlah saudara-saudara kami yg sedang dipatah-patahkan,kasihanilah saudara-saudara kami yg lemah ditindas dan bantulah hamba-hambaMU yang beriman!”.Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa utk kami?Seketika nanti kalian akn mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dgn tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dgn musuh,bukan mati membelakang dalam keadaan melarikan lari dan akan mati bersama-sama kami,anak-anak kami,wanita-wanita,orang-orang tua dan pemuda-pemuda.Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yg diam dlm kebodohan!Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian menyerah.Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahid.Jika kalian mahu ,marilah bersama-sama kami sedaya mungkin.Tugas membela kami terpikul dibahu kalian.Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati.Sesungguhnya ALLAH akn menghukum sesiapa shj yg lalai drpd menunaikan kewajipan yg diamanahkn.Dan kami berharap kpd kalian supaya jangan menjadi musuh yg menambah penderitaan kami.Demi ALLAH,jangan menjadi musuh kpd kami wahai pemimpin-pemimpin umat ini,wahai bangsa umat ini!!! Ya Allah, kami mengadu kepadaMU..Kami mengadu kepadaMU…Kami mengadu kepadaMU…kami mengadu kepadaMU lemahnya kami dan kurangnya helah kami.Demikianlah kami dihadapan manusia .Engkaulah Tuhan kepada orang-orang yg lemah.Dan Engkaulah Tuhan kami.Kepada siapa engkau tinggalkan kami.Adakah kepada orang yg jauh yg akn menyerbu kami. Ataukah kpd musuh yg berkuasa ke atas kami?Ya ALLAH…kami mengadu kepadaMU darah-darah yg tertumpah,maruah yg ternoda ,kehormatan yg diperkosa ,kanak-kanak yg diyatimkan,wanita-wanita yg di jandakan,ibu-ibu yg kehilangan anak,rumah-rumah yg diruntuhkan,tanaman-tanaman yg dirosakkan.Ya ALLAH…kami mengadu kepadaMU berseleraknya kesatuan (umat) kami,berpecahnya perpaduan kami,berbagai-bagainya jalan kami,terbelakangnya kami.Kami mengadu kepadaMU betapa lemahnya kaum kami,betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami..”



Firman ALLAH SWT :
“Di antara orang –orang yg beriman itu ada orang-orang (pejuang) yg bersikap benar menunaikan apa  yg telah mereka janjikan kpd ALLAH (utk berjuang membela agama Islam).Maka dia antara mereka ada yg telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid) dan di antaranya ada yg menunggu giliran ; dan mereka pula tidak mengubah (apa yg mereka janjikan itu ) sedikit pun.”

No comments:

Post a Comment